Tuesday 23 June 2015

Ubat Penahan Sakit Malaysia: Mefenamic Acid

Assalamualaikum.
Apabila ubat paracetamol 500mg tidak lagi berupaya mengurangkan Iagi kesakitan yang ditanggung, adakah ini bermakna hidup anda sungguh malang pada hari tersebut?
.
.
oh sudah tentunya tidak! Sebenarnya terdapat pelbagai alternatif untuk mengurangkan kesakitan yang dihadapi.
.
.
Dan kupasan hari ini berkisar tentang
sejenis ubat yang biasanya diberikan kepada pesakit yang mana kesakitan yang ditanggungnya dalam tahap sederhana.
.
.
Ubat yang dimaksudkan ini adalah sama seperti tajuk artikel ini iaitu mefenamic acid.
.
.
Setiap ubat yang wujud di muka bumi ini memiliki kategori tersendiri. Begitulah juga dengan ubat mefenamic acid ini. Ubat mefenamic acid merupakan salah satu daripada anggota NSAID. Dikenali sebagai Non steroidial Anti Inflammatory Drug.
.
.
Ubat mefenamic acid boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan kekuatan dose yang berbeza.
Antaranya:
1) Mefenamic Acid Capsule BP 250MG
2) Mefenamic Acid Suspension 50mg/5ml
3) Mefenamic Acid 250mg tablet
4) Mefenamic Acid 500mg tablet
.
.
Ubat Mefenamic Acid ini memiliki tiga fungsi.
1) Analgesic
Sebagai ubat penahan sakit.
2) Anti Inflammatory
Sebagai ubat surut bengkak.
3) Antipyretic
Sebagai ubat demam.
.
.
Kebiasaannya ubat ini untuk mengurangkan kesakitan yang sederhana berat, sakit kepala, sakit otot dan sakit gigi.
.
.
Kebiasaannya, ubat ini diambil tidak lebih dari 1.5mg sehari. Dan ia diambil dalam kuantiti terbahagi.
Sebagai contoh:
Sebiji Tablet Mefenamic Acid 500mg dimakan dengan kekerapan 3 kali sehari.
.
.
Pemberian ubat ini adalah bergantung sepenuhnya terhadap analisa doktor yang merawat anda. Oleh itu, jangan pula anda pertikaikan keputusan doktor yee..
.
.
Wassalam..