Tuesday 23 June 2015

Ubat Penahan Sakit Malaysia: Mefenamic Acid

Assalamualaikum.
Apabila ubat paracetamol 500mg tidak lagi berupaya mengurangkan Iagi kesakitan yang ditanggung, adakah ini bermakna hidup anda sungguh malang pada hari tersebut?
.
.
oh sudah tentunya tidak! Sebenarnya terdapat pelbagai alternatif untuk mengurangkan kesakitan yang dihadapi.
.
.
Dan kupasan hari ini berkisar tentang
sejenis ubat yang biasanya diberikan kepada pesakit yang mana kesakitan yang ditanggungnya dalam tahap sederhana.
.
.
Ubat yang dimaksudkan ini adalah sama seperti tajuk artikel ini iaitu mefenamic acid.
.
.
Setiap ubat yang wujud di muka bumi ini memiliki kategori tersendiri. Begitulah juga dengan ubat mefenamic acid ini. Ubat mefenamic acid merupakan salah satu daripada anggota NSAID. Dikenali sebagai Non steroidial Anti Inflammatory Drug.
.
.
Ubat mefenamic acid boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan kekuatan dose yang berbeza.
Antaranya:
1) Mefenamic Acid Capsule BP 250MG
2) Mefenamic Acid Suspension 50mg/5ml
3) Mefenamic Acid 250mg tablet
4) Mefenamic Acid 500mg tablet
.
.
Ubat Mefenamic Acid ini memiliki tiga fungsi.
1) Analgesic
Sebagai ubat penahan sakit.
2) Anti Inflammatory
Sebagai ubat surut bengkak.
3) Antipyretic
Sebagai ubat demam.
.
.
Kebiasaannya ubat ini untuk mengurangkan kesakitan yang sederhana berat, sakit kepala, sakit otot dan sakit gigi.
.
.
Kebiasaannya, ubat ini diambil tidak lebih dari 1.5mg sehari. Dan ia diambil dalam kuantiti terbahagi.
Sebagai contoh:
Sebiji Tablet Mefenamic Acid 500mg dimakan dengan kekerapan 3 kali sehari.
.
.
Pemberian ubat ini adalah bergantung sepenuhnya terhadap analisa doktor yang merawat anda. Oleh itu, jangan pula anda pertikaikan keputusan doktor yee..
.
.
Wassalam..

Monday 22 June 2015

Inilah Punca UTAMA Islam Mundur

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog ini.
.
.
Dewasa kini boleh dikatakan ada sahaja kes-kes penyakit. kronik yang meragut nyawa manusia.
.
.
sebelum mengulas lebih lanjut mengenai isu ini, ingin saya maklumkan di sini bahawa, segala macam penyakit berpunca dari perut.
.
.
Ini bermakna, gaya pemakanan anda sendiri yang mencorakkan kesihatan anda.
.
.
Untuk pengetahuan anda,
Sebenarnya saintis barat telah lama membuat kajian terperinci mengenai gaya pemakanan dan kesannya terhadap kesihatan.
.
.
Sebagai contoh, Kita selalu dimomokkan dengan fakta dari barat bahawa perlu makan buah selepas selesai menu yang berat.
.
.
Hakikatnya sunnah baginda Rasulullah SAW menggajak kita untuk memakan buah terlebih dahulu selama beberapa minit sebelum memakan sesuatu menu yang berat.
.
.
Penjelasannya, memakan buah sebelum memakan menu yang berat seperti nasi boleh melancarkan penghadaman makanan di dalam perut malah juga mengoptimumkan penyerapan nutrient dalam tubuh untuk membaiki sel-sel tubuh yang rosak dan membina sel-sel baru yang sihat.
.
.
Jika anda memakan menu berat dan kemudiannya memakan buah, buah tersebut tidak boleh dihadam dengan sempurna lalu membusuk di dalam perut sebelum sempat dileraikan oleh Jus gastrik dalam perut.
.
.
Natijahnya di sini, punca utama kemunduran umat islam salah satunya berpunca dari sifat malas mengambil tahu tentang sesuatu perkara. Sedangkan nabi sendiri pernah berpesan kepada kita agar menuntut ilmu biar sampai ke negara China.
.
.
Sikap kebergantungan kita terhadap fakta sains dan kajian barat tanpa ada keinginan untuk berusaha mengkaji akhirnya akan menjatuhkan martabat Islam itu sendiri.
.
.
Pokok pangkalnya, ayuh mulai hari ini, marilah kita menanam azam dalam diri kita untuk gigih mencari ilmu pengetahuan dan pada masa yang sama berusaha memajukan Islam.
.
.
Kekuatan sesuatu umat bukannya terletak kepada bilangannya tetapi ianya teletak kepada tingginya ilmu dan amalan budaya cemerlang.
.
.
Wassalam..

Sunday 21 June 2015

Ubat Demam di Malaysia: Paracetamol

Assalamualaikum, kali ini kita akan berbicara mengenai ubat bagi merawat penyakit demam.
.
.
Apabila kita demam, suhu tubuh kita akan meningkat melebihi 37 darjah celcius (suhu normal tubuh).
.
.
Kebiasaannya, doktor akan memberikan ubat paracetamol bagi merawat penyakit demam anda.
.
.
Di malaysia, ubat paracetamol lebih dikenali sebagai penadol.
.
.
Ubat paracetamol memiliki dua fungsi iaitu sebagai penahan sakit dan juga merawat demam.
.
.
Ubat ini boleh didapati dalam bentuk sirap dan juga dalam bentuk tablet.
1) Sirap paracetamol 120mg/5ml
2) Sirap paracetamol 250mg/5ml
3) Tablet Paracetamol 500mg
.
.
Penentuan dos ubat kebiasaannya mengikut berat tubuh pesakit.
.
.
Dibawah adalah dos yang direkomenkan:
.
.
Sirap Paracetamol 120mg/ 5ml
kanak-kanak:
3 bulan -1 tahun : 2.5 to 5ml
1 - 5 tahun : 5 to 10ml
6-12 tahun : 10 to 20ml
di minum 3 ke 4 kali sehari
.
.
Sirap Paracetamol 250mg/ 5ml
kanak-kanak:
1 - 5 tahun : 2.5 to 5ml
6-12 tahun : 5 to 10ml
dewasa:
10 to 20ml
(Maksimum 4mg sehari)
di minum 3 ke 4 kali sehari
.
.
Tablet Paracetamol 500mg
kanak-kanak:
6-12 tahun : 1/2 to 1 tablet
dewasa:
1 to 2 tablet setiap 4 to 6 Jam
(Maksimum 8 tablet sehari)
di minum 3 ke 4 kali sehari
.
.
Ambil ubat ini dengan air masak untuk penyerapan maksima.
.
.
Keberkesanan ubat ini boleh dirasai seawal 30 minit.
Manakala kesannya boleh bertahan antara 3 hingga 4 jam.
.
.
nota penulis:
Ambillah ubat ini sekiranya perlu sahaja. Penulis gemar minum jus limau jika demam.

Ubat Selesema dan Allergic Malaysia

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera

Topik kali ini adalah berkisar mengenai ubat untuk merawat penyakit selesema dan kegatalan atau dalam istilah sainsnya Alergik.
.
.
Jika anda menghidap selesema atau mengalami alahan yang teruk, sehinggakan memaksa anda untuk mendapatkan rawatan di klinik, anda mungkin diberi ubat yang dikenali sebagai Tablet Chlorpheneramine Maleate 4mg.
.
.
Dalam artikel ini saya akan menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan ubat tersebut.
.
.
Tablet Chlorpheneramine Maleate 4mg ini juga dikenali sebagai tablet Piriton 4mg.
.
.
Ubat ini tergolong dalam kumpulan antihistamine.
.
.
Kebiasaannya, ubat ini dalam bentuk tablet bulat. Dan warnanya pula berwarna kuning.
.
.
Tablet Chlorpheneramine Maleate 4mg ini berupaya untuk mengurangkan pengeluaran mucus (hingus) dan mengurangkan kegatalan yang dihidapi pesakit.
.
.
Pesakit selalunya diarahkan untuk mengambil ubat ini sebanyak 1 biji dengan kekerapan 3 kali sehari.
.
.
Ubat Chlorpheneramine Maleate 4mg boleh diambil samada sebelum atau selepas makan.
.
.
Anda perlu mengambil ubat ini dengan air masak bagi memudahkan penyerapan ke dalam tubuh anda.
.
.
Saya ingin tekankan di sini bahawa, ubat Chlorpheneramine Maleate 4mg BOLEH MENYEBABKAN MENGANTUK.
.
.
Oleh itu, elakkan daripada mengendalikan mesin berat atau memandu kenderaan sebaik sahaja mengambil ubat ini.
.
.
Jika anda mengalami simtom-simtom alahan ubat, anda pada melaporkan segera kepada doktor anda bagi mendapatkan rawatan segera.
.
.
Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat, sila share di Facebook.