Sunday, 21 June 2015

Ubat Selesema dan Allergic Malaysia

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera

Topik kali ini adalah berkisar mengenai ubat untuk merawat penyakit selesema dan kegatalan atau dalam istilah sainsnya Alergik.
.
.
Jika anda menghidap selesema atau mengalami alahan yang teruk, sehinggakan memaksa anda untuk mendapatkan rawatan di klinik, anda mungkin diberi ubat yang dikenali sebagai Tablet Chlorpheneramine Maleate 4mg.
.
.
Dalam artikel ini saya akan menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan ubat tersebut.
.
.
Tablet Chlorpheneramine Maleate 4mg ini juga dikenali sebagai tablet Piriton 4mg.
.
.
Ubat ini tergolong dalam kumpulan antihistamine.
.
.
Kebiasaannya, ubat ini dalam bentuk tablet bulat. Dan warnanya pula berwarna kuning.
.
.
Tablet Chlorpheneramine Maleate 4mg ini berupaya untuk mengurangkan pengeluaran mucus (hingus) dan mengurangkan kegatalan yang dihidapi pesakit.
.
.
Pesakit selalunya diarahkan untuk mengambil ubat ini sebanyak 1 biji dengan kekerapan 3 kali sehari.
.
.
Ubat Chlorpheneramine Maleate 4mg boleh diambil samada sebelum atau selepas makan.
.
.
Anda perlu mengambil ubat ini dengan air masak bagi memudahkan penyerapan ke dalam tubuh anda.
.
.
Saya ingin tekankan di sini bahawa, ubat Chlorpheneramine Maleate 4mg BOLEH MENYEBABKAN MENGANTUK.
.
.
Oleh itu, elakkan daripada mengendalikan mesin berat atau memandu kenderaan sebaik sahaja mengambil ubat ini.
.
.
Jika anda mengalami simtom-simtom alahan ubat, anda pada melaporkan segera kepada doktor anda bagi mendapatkan rawatan segera.
.
.
Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat, sila share di Facebook.

No comments:

Post a Comment