Monday 22 June 2015

Inilah Punca UTAMA Islam Mundur

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog ini.
.
.
Dewasa kini boleh dikatakan ada sahaja kes-kes penyakit. kronik yang meragut nyawa manusia.
.
.
sebelum mengulas lebih lanjut mengenai isu ini, ingin saya maklumkan di sini bahawa, segala macam penyakit berpunca dari perut.
.
.
Ini bermakna, gaya pemakanan anda sendiri yang mencorakkan kesihatan anda.
.
.
Untuk pengetahuan anda,
Sebenarnya saintis barat telah lama membuat kajian terperinci mengenai gaya pemakanan dan kesannya terhadap kesihatan.
.
.
Sebagai contoh, Kita selalu dimomokkan dengan fakta dari barat bahawa perlu makan buah selepas selesai menu yang berat.
.
.
Hakikatnya sunnah baginda Rasulullah SAW menggajak kita untuk memakan buah terlebih dahulu selama beberapa minit sebelum memakan sesuatu menu yang berat.
.
.
Penjelasannya, memakan buah sebelum memakan menu yang berat seperti nasi boleh melancarkan penghadaman makanan di dalam perut malah juga mengoptimumkan penyerapan nutrient dalam tubuh untuk membaiki sel-sel tubuh yang rosak dan membina sel-sel baru yang sihat.
.
.
Jika anda memakan menu berat dan kemudiannya memakan buah, buah tersebut tidak boleh dihadam dengan sempurna lalu membusuk di dalam perut sebelum sempat dileraikan oleh Jus gastrik dalam perut.
.
.
Natijahnya di sini, punca utama kemunduran umat islam salah satunya berpunca dari sifat malas mengambil tahu tentang sesuatu perkara. Sedangkan nabi sendiri pernah berpesan kepada kita agar menuntut ilmu biar sampai ke negara China.
.
.
Sikap kebergantungan kita terhadap fakta sains dan kajian barat tanpa ada keinginan untuk berusaha mengkaji akhirnya akan menjatuhkan martabat Islam itu sendiri.
.
.
Pokok pangkalnya, ayuh mulai hari ini, marilah kita menanam azam dalam diri kita untuk gigih mencari ilmu pengetahuan dan pada masa yang sama berusaha memajukan Islam.
.
.
Kekuatan sesuatu umat bukannya terletak kepada bilangannya tetapi ianya teletak kepada tingginya ilmu dan amalan budaya cemerlang.
.
.
Wassalam..

No comments:

Post a Comment