Tuesday 23 June 2015

Ubat Penahan Sakit Malaysia: Mefenamic Acid

Assalamualaikum.
Apabila ubat paracetamol 500mg tidak lagi berupaya mengurangkan Iagi kesakitan yang ditanggung, adakah ini bermakna hidup anda sungguh malang pada hari tersebut?
.
.
oh sudah tentunya tidak! Sebenarnya terdapat pelbagai alternatif untuk mengurangkan kesakitan yang dihadapi.
.
.
Dan kupasan hari ini berkisar tentang
sejenis ubat yang biasanya diberikan kepada pesakit yang mana kesakitan yang ditanggungnya dalam tahap sederhana.
.
.
Ubat yang dimaksudkan ini adalah sama seperti tajuk artikel ini iaitu mefenamic acid.
.
.
Setiap ubat yang wujud di muka bumi ini memiliki kategori tersendiri. Begitulah juga dengan ubat mefenamic acid ini. Ubat mefenamic acid merupakan salah satu daripada anggota NSAID. Dikenali sebagai Non steroidial Anti Inflammatory Drug.
.
.
Ubat mefenamic acid boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan kekuatan dose yang berbeza.
Antaranya:
1) Mefenamic Acid Capsule BP 250MG
2) Mefenamic Acid Suspension 50mg/5ml
3) Mefenamic Acid 250mg tablet
4) Mefenamic Acid 500mg tablet
.
.
Ubat Mefenamic Acid ini memiliki tiga fungsi.
1) Analgesic
Sebagai ubat penahan sakit.
2) Anti Inflammatory
Sebagai ubat surut bengkak.
3) Antipyretic
Sebagai ubat demam.
.
.
Kebiasaannya ubat ini untuk mengurangkan kesakitan yang sederhana berat, sakit kepala, sakit otot dan sakit gigi.
.
.
Kebiasaannya, ubat ini diambil tidak lebih dari 1.5mg sehari. Dan ia diambil dalam kuantiti terbahagi.
Sebagai contoh:
Sebiji Tablet Mefenamic Acid 500mg dimakan dengan kekerapan 3 kali sehari.
.
.
Pemberian ubat ini adalah bergantung sepenuhnya terhadap analisa doktor yang merawat anda. Oleh itu, jangan pula anda pertikaikan keputusan doktor yee..
.
.
Wassalam..

9 comments:

  1. kawan saya mengalami haid berpanjangan selama 18 hari dan dr memberikan mefenamic acid 250 mg capsule untuk 2 biji x 2 kali sehari. adakah ini bertepatan untuk masalah yang dihidapi?

    ReplyDelete
  2. Saya mengalami sakit tekak ulcer kesan mkn kuah kari semalaman d gerai luar.. kemunkinan makanan itu di jangkiti bakteria.kesan dr itu batuk berkehak tidak berhenti selama 5 hari ...jadi saya mkn ubat mefetab yg di beri oleh doktor..kesan dr itu bgn dr tidur byk kahak berlendir berwarna gelap keluar...waktu terganggu kerna terpaksa mengeluarkan kahak berlendir...masok hari ke 5 alhamdullilah ada krg sikit..saya nasihat pada kawan semua berhati hati mkn di luar..pastikan tempat tu bersih .1 lagi nasihat apabila seseorang batuk ..bersin dlm kereta tolong bukak tingkap kereta anda..lni salah satunya terkena virus bateria akibat lupa buka tingkap...Awas !Sebelom terkena...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.sy zam dari selayang..sya mngalami demam..dan sy juga ada darah tggi. dr ada mmberi sya ubat pndol 500mg dan mefenamic Acid 250mg cap..jadi boleh ker sya makan ubat ni ..mohon pndangan saudara/saudari smua. assalamualaikum w.b.t

    ReplyDelete
  4. saya mengalami period yg berlebihan akibat gangguan hormon selepas berhenti menggunakan suntikan perancang depo. Akibatnya sy mengalami kelemahan tubuh dan period yg berulang sebanyak 2x dlm sebulan. Adakah ubat ini membantu perjalanan period saya.

    ReplyDelete
  5. Bolehkah ubat ni didapati di farmasi?

    ReplyDelete
  6. Ubat ini perlu diambil sebelum atau selepas makan

    ReplyDelete
  7. saya mengalami migrain yg teruk,dan sy membelinya di farmasi atas saranan doctor,adakah ubat ini bersesuaian ? Mohon pandangan semua

    ReplyDelete
  8. Sejak saya demam sakit kepala saya tidak mahu behenti pnadol tidak bekesan bagi ubat tahan sakit sekejap behenti.tambah lagi gastrik saya datang macam nak menandanginya.

    ReplyDelete